Assalamualaikum,
Ini adalah tugasan terakhir subjek Technology & Inovation in Education. Saya memilih komponen Sirah Nabawiyah dan Sejarah Islam Tingkatan 4 bertajuk Imam Syafie Rahimahullah.
Kepada rakan-rakan yang kena Latihan Mengajar untuk tingkatan 4, harap slaid ini dapat membantu.
Klik pada link ini.
Sahabat-sahabat juga boleh view di sini:
Sabtu, Februari 06, 2010
Tugasan PowerPoint
Rabu, Februari 03, 2010
RPH Akikah Tingkatan 4
Assalamualaikum,
Berikut adalah RPH Akikah untuk komponen Ulum Syar'iyah Tingkatan 4 bagi tugasan Sem 1. Harap ia dapat membantu rakan-rakan dalam menyediakan RPH bagi P&P kalian.
Sila klik di sini.
Saya: Ballighu anni walau ayah
Tugasan 2 (Sem 1): Kuiz Analitikal
Tugasan Penceritaan Sem 1 untuk Dikongsi-Cerita 2
- Bab 3: Bukti Kekuasaan Allah (Tingkatan 3)
- Bab 5: Berpegang Teguh pada Agama Allah (Tingkatan 2)
- Bab 29: Konsep Tetap Pendirian (Tingkatan 3)
- Boleh dijadikan set induksi supaya pelajar dapat mengaitkan cerita dengan tajuk yang akan diajar. Selepas memperkenalkan tajuk, guru boleh meminta pelajar membuat sumbang saran daripada penceritaan berkenaan bukti-bukti kekuasaan Allah, kelebihan berpegang teguh pada agama Allah ataupun cara menegakkan pendirian.
- Boleh juga diceritakan selepas menerangkan isi pengajaran (mengikut bab yang dipilih) supaya pelajar lebih jelas dengan topik yang dibincangkan. Akhir cerita, minta pelajar buat kesimpulan berkenaan kaitan cerita dengan isi pelajaran yang sudah diajar
Tugasan Penceritaan Sem 1 - Cerita 1
- Maksud jujur
- Ciri-ciri orang yang jujur
- Kelebihan bersikap jujur dan kesan bersikap jujur
- Perbezaan orang yang jujur dengan orang yang tidak jujur
Penggunaan dalam Pengajaran
- Diceritakan pada permulaan masa pengajaran dan kemudian minta pelajar buat sumbang saran kesimpulan yang mereka peroleh daripada penceritaan guru.
- Kemudian, perincikan isi pengajaran berdasarkan cerita tadi supaya pelajar memahami konsep jujur secara keseluruhan.
Isnin, Februari 01, 2010
Menguap Menurut Islam
Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka." Riwayat Imam Muslim.
Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." Hadith riwayat Imam Muslim,
Ahmad dan At-Tirmidzi
Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".
5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.
Sabtu, Januari 30, 2010
Tugasan Kedua: Window Movie Maker (Pergaulan Bebas)
Kekosongan Jawatan di ITNM
Semasa melayari laman web Kementerian Pelajaran tadi, terjumpa satu link yang menarik. Jika saya tidak masuk DPLI, ingin sahaja memohon. Darah editor masih hangat dalam diri. Pengalaman di PTS rasanya cukup untuk dijadikan resume bagi memohon jawatan yang tersenarai. Sahabatku merangkap juniorku sudah beberapa kali ajak join beliau di ITNM sebagai editor. Tapi masa depanku sudah ditetapkan menjadi guru. Guru Pendidikan Islam lagi. Berkat doa suami. Walaupun gaji di ITNM itu memberangsang, tetapi apakan daya. Mungkin keberkatan sebagai guru lebih bermakna.
Kepada rakan-rakan yang masihtercari-cari lubang kerja yang lebih kukuh, boleh klik link berikut.
Semoga berjaya.
Khamis, Januari 28, 2010
Tugasan Fotografi - Air Mutlak
Isnin, Januari 25, 2010
Masalah Upload
Talian internet ini betul-betul menduga kesabaran. Dalam kekalutan untuk upload tugasan Dr. Tunku Badariah, masa inilah talian broadband ini buat hal. Perlahannya sehingga membuatkan aku stres. Rasanya siput berjalan lagi laju dari broadband ini.
Dr Tunku...mohon maaf ya... Tugasan tidak dapat diupload. Saya sedang cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah ini untuk memasukkan semua tugasan. Ampun ya Dr.