The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched. They must be felt with the heart.

Selasa, April 28, 2009

Jangan cari kesalahan sahaja, fikirkan penyelesaiannya

"Dalam organisasi yang pernah saya pimpin beberapa tahun lalu, saya mempunyai ramai pekerja yang bertindak seperti watak Lucy dalam kartun Peanuts. Mereka gemar melambakkan masalah ke meja saya, kemudian pergi mengumpul masalah lain pula. Lalu saya buat satu peraturan. Sesiapa yang membawa masuk masalah kerana mahukan pertolongan saya, mereka perlu memikirkan tiga jalan bagi menyelesaikannya. Adakah saya melakukannya kerana enggan menolong mereka? Tidak, saya melakukannya begitu kerana mahu mereka membantu diri mereka sendiri. Mereka dengan segera dapat berfikir secara kreatif dan menghasilkan banyak buah fikiran. Lama-kelamaan mereka semakin kurang memerlukan bantuan saya. Malah, mereka semakin pandai membuat keputusan dan menjadi pemimpin yang lebih baik."
- John C. Maxwell