Saya dengan berbesar hati menjemput semua yang mengenali diri ini ke walimah saya, Rozita Abdul Razak bersama pasangan Mohd Zaki Rozali pada 25 Oktober 2008 di Kampung Jerai, Kupang 09200 Baling Kedah.
Kehadiran Tuan/Puan/Cik amat dinantikan dan akan menambahkan keberkatan majlis nanti.
Rabu, Oktober 08, 2008
Jemputan Walimah
Khamis, Julai 17, 2008
Tidak Perlu...
Tidak perlu bersentuhan tangan kerana cinta sudah bersentuh hati. Tiddak perlu berbalas kerlingan mata kerana cinta sudah berbalas doa. Todak perlu bermimpi si dia kerana Allah akan jadikan si dia suatu realiti. Tidak perlu mati kerana cinta, kerana cinta Allah pada hambaNya tidak pernah mati."
Jumaat, April 11, 2008
Salam Taaruf
Assalamualaikum,
Alhamdulillah kerana dengan nikmat dan kasih sayang yang Allah kurniakan, akhirnya blog ini hadir memenuhi kemeriahan dunia bloggers walaupun ada ataupun tidaknya blog ini tidak memberi kesan pada dunia itu. Ia akan dimuatkan dengan pandangan peribadi berdasarkan setitis ilmu di dada dan pengalaman yang teramat sedikit. Semoga catatan demi catatan dapat dimanfaatkan. Tegurlah seandainya catatan itu tidak seperti yang sebetulnya kerana, ya sudah dibilang di awal tadi, hanya berdasarkan ilmu saya yang setitis itu.
Catatan seterusnya akan menyusul. Salam taaruf.