The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched. They must be felt with the heart.

Sabtu, Januari 30, 2010

Tugasan Kedua: Window Movie Maker (Pergaulan Bebas)

Berikut adalah tugasan kedua bagi subjek Technolgy & Inovation in Education. Kumpulan saya terdiri daripada saya, Rozita Abdul Razak (G0914814), Norul Akma Derahman ( G 0918766) dan Sriyanti Abdullah ( G 0916636).
Kami memilih tajuk bab30: Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan dalam komponen Adab dan Akhlak Islamiah Tingkatan 1. Dalam video ini, kami cuba mengetengahkan berkenaan keadaan remaja hari ini yang terdedah kepada pergaulan bebas dan kesannya sekiranya ia tidak dibendung. Pada akhir video ditekankan tanggungjawab pelajar menuntut ilmu dan memenuhi harapan ibu dan ayah bagi berjaya dalam pelajaran. Juga diselitkan nasihat supaya pelajar tekun berusaha dan bertawakal kepada Allah.

Kekosongan Jawatan di ITNM

Semasa melayari laman web Kementerian Pelajaran tadi, terjumpa satu link yang menarik. Jika saya tidak masuk DPLI, ingin sahaja memohon. Darah editor masih hangat dalam diri. Pengalaman di PTS rasanya cukup untuk dijadikan resume bagi memohon jawatan yang tersenarai. Sahabatku merangkap juniorku sudah beberapa kali ajak join beliau di ITNM sebagai editor. Tapi masa depanku sudah ditetapkan menjadi guru. Guru Pendidikan Islam lagi. Berkat doa suami. Walaupun gaji di ITNM itu memberangsang, tetapi apakan daya. Mungkin keberkatan sebagai guru lebih bermakna.

Kepada rakan-rakan yang masihtercari-cari lubang kerja yang lebih kukuh, boleh klik link berikut.

Semoga berjaya.

Saya: Kerja suntingan masih diteruskan dengan semangat dan motivasi daripada Puan Sifu merangkap mentorku, Puan Ainon Mohd dan Prof Abdullah Hassan. Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan oleh dua tokoh suami isteri ini yang bagiku adalah pejuang yang sebenar.

Khamis, Januari 28, 2010

Tugasan Fotografi - Air Mutlak

Bagi tugasan fotografi, tema yang dipilih adalah Bersuci Asas Kebersihan, bab 20, tingkatan 1. Untuk lebih fokus, saya kecilkan skop kepada salah satu bahan bersuci iaitu air mutlak.


Air Mutlak
Air mutlak adalah air yang suci dan boleh digunakan bagi bersuci sama ada beristinjak, berwuduk, mandi hadas dan sebagainya.

Di sini dipilih dua jenis air mutlak yang mudah kita temui di sekeliling kita iaitu air sungai dan air paip.
 

Gambar 1: Air Sungai


Gambar 2: Air Paip 
Dua gambar seterusnya adalah air yang bersih tetapi tidak boleh digunakan bagi menyucikan iaitu:




 Gambar 3: Air Musyammas 
Air musyammas adalah yang terjemur di tengah panas matahari. Gambar di atas menunjukkan air itu bersih tetapi terjemur di bawah terik matahari. Air ini makruh hukumnya jika digunakan bagi bersuci.



Gambar 4: Air yang tidak cukup sukatan dua qullah.
Air yang boleh digunakan bagi berwuduk hendaklah lebih daripada 2 qullah. Dua qullah bersamaan 230 liter. Gambar di atas menunjukkan air itu bersih tetapi ia tidak boleh digunakan bagi bersuci kerana sukatannya tidak cukup 230 liter.
Saya: Semoga dapat menjadi bahan untuk rakan-rakan lain mengajar bahagian ini.

Isnin, Januari 25, 2010

Masalah Upload

Talian internet ini betul-betul menduga kesabaran. Dalam kekalutan untuk upload tugasan Dr. Tunku Badariah, masa inilah talian broadband ini buat hal. Perlahannya sehingga membuatkan aku stres. Rasanya siput berjalan lagi laju dari broadband ini.

Dr Tunku...mohon maaf ya... Tugasan tidak dapat diupload. Saya sedang cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah ini untuk memasukkan semua tugasan. Ampun ya Dr.

Sabtu, Januari 09, 2010

Hukum Memberi Salam dan Menjawab Salam Orang Bukan Islam


Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda:
لا تبدأوا اليهود ولا النصارى بالسلام فإذا لقيتم أحدهم في طريق فاضطروه إلى أضيقه

Maksudnya: “Janganlah kamu mulakan orang-orang Yahudi dan juga orang Nasrani dengan salam. Justeru itu, sekiranya kamu menemui seseorang mereka di jalan tolaklah mereka ke jalan yang paling sempit.

Ulama berbeza pendapat dalam menyelusuri fiqh (kefahaman) hadis ini. Kebanyakan mereka memutuskan bahawa haram memulakan ucapan salam kepada mereka. Sebahagian pula berkata ianya tidak haram tetapi makruh.

Seorang fuqaha iaitu Abu Sa`ad berpendapat, sekiranya seorang muslim ingin memberi ucapan hormat kepada bukan Islam dia boleh melakukannya dengan lafaz yang lain daripada lafaz salam. Contohnya dengan menyebut: (هداك الله ) maksudnya moga Allah memberi hidayah kepada kamu atau (أنعم الله صباحك) maksudnya moga Allah memberi anugerah di waktu pagimu ini. Imam Nawawi menyetujui pendapat ini tetapi dengan tambahan: sekiranya ianya diperlu. Antara contoh ucapannya bagi Imam Nawawi ialah ucapan selamat pagi, pagi yang bahagia, pagi yang baik, moga Allah kurniakan kamu dengan kebahagian di waktu pagi, atau nikmat di waktu pagi dan seumpamanya. Sekiranya tidak perlu maka pilihannya ialah jangan mengucapkan apa-apa. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)

Pandangan ini bagi saya sesuai diamalkan oleh umat Islam di Malaysia pada hari ini. Mereka boleh menyatakan selamat pagi kepada bukan Islam tanda penghormatan, atau berdoa moga Allah bagi hidayah atau seumpamanya. Ucapan-ucapan ini boleh mendekatkan mereka dengan bukan Islam sebagai satu pendekatan dakwah.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah saw bersabda:
إذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا وعليكم

Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh ahli Kitab, jawablah “wa`alaikum”.

Imam Bukhari pula meriwayatkan daripada Ibn `Umar –radiyallahu `anhuma- katanya; Rasulullah saw bersabda:
إذا سلم عليكم اليهود فإنما يقول أحدهم السام عليك فقل وعليك

Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh Yahudi, mereka hanya menyatakan Assaamu `alaikum (mampuslah kamu), maka jawablah: wa `alaik (dan ke atas kamu juga).

Daripada kedua-dua hadis diatas para fuqaha mengambil hukum apabila seorang muslim diberi salam oleh bukan Islam, jawapan yang diberi ialah wa `alaik atau wa `alaikum (dan ke atas kamu juga).

Imam Mawardi menghikayatkan satu wajah di kalangan ashab Syafie iaitu harus memulakan salam kepada bukan Islam dengan menyebut Assalamu `Alaik sahaja bukannya Assalamu `Alaikum. Begitu juga boleh menjawab salam mereka dengan Wa `Alaikum Salam, tapi tidak menyebut warahmatullah. Imam Nawawi menegaskan bahawa kedua-dua pendapat ini adalah janggal dan ditolak. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)

Kesimpulan perbahasan di atas ialah ucapan salam adalah ucapan khusus untuk umat islam. Justeru, untuk bukan Islam tidak perlu digunakan lafaz salam tetapi boleh digunakan lafaz-lafaz penghormatan yang lain.

Artikel adalah nukilan Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri. Diambil daripada blog Idhamlim.blogspot.com

Islamkah Olahraga Anda!

Sekarang saya sedang membaca buku Islamkan Olahraga Anda! Karya Dr. Said Abdul Azim terbitan PT Aqwam Media Profetika, Solo, Indonesia. Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia oleh Irfan Jauhari dan Irwan Raihan daripada buku ad-Dawabit as-Syar'iyah lil Al‘ab ar-Riyadiyyah. Tunggu kemunculan ulasannya kerana saya perlu mengambil masa yang lebih bagi memahami isinya dan juga memahami bahasa Indonesianya. Ia menarik perhatian saya kerana isu yang ingin dikupas lain daripada yang lain dan jarang diambil berat oleh kita. Antara isi menarik:

  1. Bagaimana Islam memandang sukan.
  2. Apa yang menyimpang dalam sukan.
  3. Bagaimana sukan kegemaran anda boleh menajdi maksiat.

Harap bersabar untuk membaca ulasannya. Tungguuuu………………